Monday, November 22, 2010

Kelemahan Pengurusan Risiko





Berita Harian: 22 Nov 2010

Ramai hutang kad kredit, bank untuk jelas kos perubatan swasta tinggi

KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu.
Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu, mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.

Beliau berkata, selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.

Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus.
Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli.


Senarai komen

muhammad muslim
sbb itu pentingnya syarikat2 takaful di malaysia ini. merancang kewangan masa depan. Jgn dah jatuh baru tergadai semuanya.
muhammad muslim
kenapa perlu bayar lebih semasa sakit. bukankah kita perlu merancang apa yg terjadi di masa hadapan. 
nurain balqhis noordin
untuk perkara yg ini tidak terjadi...sediakan perlindungan dgn menyediakan medical card
Rain
guna debit card saja.
Detective
kebanyakan kos hospital swasta terlalu mahal, lagi2 kalau ada penal syarikat..so terpaksa la guna kad kredit dahulu...diharap pihak berkuasa pantau kos rawatan dahulu..bukannya harga barang je kena dipantau.
mohd azim
salam...
kte seharusnye berbelanja mengikut kemampuan...
Guna Hospital kerajaan, jauh lebih murah... tetapi dapat menjimatan wang...

Shah
Ambil medical card + investment.
company insurance yg bayarkan. berbaloi-baloi.
fadzil
Rakyat Malaysia jgn terlalu selesa dgn keadaan sekarang..kos inflasi bil hospital meningkat 15% - 30% setiap tahun..Malaysia satu2nya negara yg masih beri subsidi penghospitalan pada rakyat..andaikata kerajaan pun dah tak mampu nak tanggung subsidi RM4billion setahun nie...semua org kena ada medikal kad untuk dpt rawatan hospital...
farid
biar papa asalkan bergaya
iman
ermm..berjimat la korang..klu rse ade cash tu gune cash jer..kan da susah..hospital swasta pon caj mahal yg amat...patient baru masok satu ari xsempat nk bernafas pon da mintak deposit...aduyaiii..seminggu duduk spital da rm15 ribu....naye...
norlaila
kenapa lah rakyat suka sgt pimjam kad kredit boleh menjerat diri kita sendiri

Monday, November 15, 2010

Ulasan pasaran: Peluang terbaik miliki saham Oleh Kaladher Govindan

2010/11/15

Indeks FBM KLCI hujung minggu lalu turun kerana pengambilan untung

SAHAM di Bursa Malaysia pada akhir minggu lalu menjadi mangsa tekanan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat peningkatan selama enam minggu berturut-turut.

Situasi itu menarik turun penanda aras Indeks Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) daripada rekod tertinggi baru dengan penurunan 11.93 mata, atau 0.8 peratus untuk ditutup pada 1,499.81 mata.

Purata dagangan harian bagaimanapun, meningkat kepada 1.64 bilion saham bernilai RM2.27 bilion berbanding 1.27 bilion saham bernilai RM1.54 bilion minggu sebelumnya. Berbeza dengan Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah yang tidak bermaya merangsang ekonomi domestik, China berjaya memulihkan aktiviti ekonominya menerusi rangsangan bernilai berbilion dolar disasarkan kepada perbelanjaan domestik.

Adalah dijangkakan akan berlakunya pembetulan sederhana dalam FBM KLCI minggu ini ke arah paras sokongan teknikal 1,478.

Bagaimanapun, kitaran membeli dalam saham murah dijangka berkekalan.
Ini termasuk peserta minyak dan gas yang bakal meraih manfaat daripada insentif cukai diberikan kepada mereka.

Berikutan faktor domestik seperti pengukuhan ringgit, pelancaran projek di bawah ETP, penggabungan dan pengambilalihan, penyenaraian baru syarikat berkaitan kerajaan dan kemungkinan pilihan raya umum tahun depan berkemungkinan memberikan kesan kepada gandaan penilaian FBM KLCI, iaitu pelabur boleh menjangka pembetulan pada peringkat ini sebagai peluang membeli saham sebelum jangkaan rali tahun depan.
Sementara pertumbuhan pendapatan syarikat pada tahun depan dijangka kecil sedikit berbanding sebelumnya susulan kesan asas tinggi, akan menyokong kejatuhan selanjutnya indeks. Setakat ini, pendapatan pada musim suku ketiga adalah memberangsangkan.

Ekonomi domestik pula, hanya data rizab asing dijadualkan dikeluarkan Jumaat ini, tetapi pelabur menanti data jualan runcit AS, pengeluaran pembuatan, permit binaan dan penunjuk utama lain minggu ini yang akan memberikan kesan kepada ekonomi global.

Tinjauan teknikal memperlihatkan bulan spot kontrak hadapan KLCI bagi November diniagakan di Bursa Malaysia Derivatives Bhd ditutup pada 1,491, kehilangan 24.5 mata dan menyongsang diskaun 8.8–mata kepada indeks tunai berbanding diskaun 3.76–mata Jumaat sebelumnya.

Penunjuk stochastics harian perlahan bagi KLCI susut ke zon neutral selepas pembetulan ketara minggu lalu, manakala isyarat stochastics mingguan pula memberi isyarat beli baru di zon terlebih beli.

Indeks Pengukuhan Relatif (RSI) 14–hari juga susut ketara kepada bacaan neutral 52.15, manakala RSI 14–minggu jatuh untuk mengisyaratkan bacaan terlebih beli 75.48.

Sementara itu, arah aliran MACD mencetuskan isyarat beli baru selepas kejatuhan minggu lalu, manakala MACD mingguan pula menunjukkan kejatuhan pertama sejak isyarat beli pada Ogos.

Sebagai kesimpulan, mengambil kira isyarat jual berganda terhadap momentum harian dan mingguan dan penanda arah aliran bagi KLCI, kecuali saham mewah yang dijangka mengalami pembetulan lanjut minggu ini.

Bagaimanapun, ini dilihat sebagai peluang terbaik bagi pelabur untuk memburu harga untuk jangka sederhana.

Kepada kawan-kawan yang ingin melabur bolehlah call saya. tq