Seorang individu yang dipercayai menjalankan sindiket insurans kenderaan
yang mengalami kemalangan menunggu mangsa di hadapan Balai Polis Trafik
Jalan Tun H. S. Lee, Kuala Lumpur
KEGIATAN memanipulasi tuntutan insurans kemalangan bukanlah satu perkara
baharu malah semakin menjadi-jadi kebelakangan ini sehingga menyebabkan
pihak insurans terpaksa menanggung kerugian ratusan juta ringgit setiap
tahun.
Dalam satu laporan khas, wartawan Utusan Malaysia membongkar kegiatan
licik sindiket itu yang beroperasi dengan melibatkan ejen insurans
sendiri, bengkel membaiki kenderaan, trak penunda, firma guaman malah
pihak berkuasa.
Misi mereka satu - mengaut keuntungan semaksimum mungkin pampasan
yang diberikan pihak insurans di atas kemalangan atau kehilangan nyawa
orang lain.
Hasil penyamaran wartawan sebagai mangsa kemalangan mendapati ejen
sindiket mengakui boleh menguruskan semua urusan berkaitan tuntutan
insurans malah, sehingga ke tahap membuat laporan polis.
Menurut sumber insurans, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Jenayah
Malaysia (SPRM), kegiatan sindiket itu sukar dibanteras kerana saksi
termasuk mangsa enggan tampil membantu kerana mendapat pampasan walaupun
dalam jumlah kecil.
No comments:
Post a Comment