Monday, November 15, 2010

Ulasan pasaran: Peluang terbaik miliki saham Oleh Kaladher Govindan

2010/11/15

Indeks FBM KLCI hujung minggu lalu turun kerana pengambilan untung

SAHAM di Bursa Malaysia pada akhir minggu lalu menjadi mangsa tekanan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat peningkatan selama enam minggu berturut-turut.

Situasi itu menarik turun penanda aras Indeks Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) daripada rekod tertinggi baru dengan penurunan 11.93 mata, atau 0.8 peratus untuk ditutup pada 1,499.81 mata.

Purata dagangan harian bagaimanapun, meningkat kepada 1.64 bilion saham bernilai RM2.27 bilion berbanding 1.27 bilion saham bernilai RM1.54 bilion minggu sebelumnya. Berbeza dengan Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah yang tidak bermaya merangsang ekonomi domestik, China berjaya memulihkan aktiviti ekonominya menerusi rangsangan bernilai berbilion dolar disasarkan kepada perbelanjaan domestik.

Adalah dijangkakan akan berlakunya pembetulan sederhana dalam FBM KLCI minggu ini ke arah paras sokongan teknikal 1,478.

Bagaimanapun, kitaran membeli dalam saham murah dijangka berkekalan.
Ini termasuk peserta minyak dan gas yang bakal meraih manfaat daripada insentif cukai diberikan kepada mereka.

Berikutan faktor domestik seperti pengukuhan ringgit, pelancaran projek di bawah ETP, penggabungan dan pengambilalihan, penyenaraian baru syarikat berkaitan kerajaan dan kemungkinan pilihan raya umum tahun depan berkemungkinan memberikan kesan kepada gandaan penilaian FBM KLCI, iaitu pelabur boleh menjangka pembetulan pada peringkat ini sebagai peluang membeli saham sebelum jangkaan rali tahun depan.
Sementara pertumbuhan pendapatan syarikat pada tahun depan dijangka kecil sedikit berbanding sebelumnya susulan kesan asas tinggi, akan menyokong kejatuhan selanjutnya indeks. Setakat ini, pendapatan pada musim suku ketiga adalah memberangsangkan.

Ekonomi domestik pula, hanya data rizab asing dijadualkan dikeluarkan Jumaat ini, tetapi pelabur menanti data jualan runcit AS, pengeluaran pembuatan, permit binaan dan penunjuk utama lain minggu ini yang akan memberikan kesan kepada ekonomi global.

Tinjauan teknikal memperlihatkan bulan spot kontrak hadapan KLCI bagi November diniagakan di Bursa Malaysia Derivatives Bhd ditutup pada 1,491, kehilangan 24.5 mata dan menyongsang diskaun 8.8–mata kepada indeks tunai berbanding diskaun 3.76–mata Jumaat sebelumnya.

Penunjuk stochastics harian perlahan bagi KLCI susut ke zon neutral selepas pembetulan ketara minggu lalu, manakala isyarat stochastics mingguan pula memberi isyarat beli baru di zon terlebih beli.

Indeks Pengukuhan Relatif (RSI) 14–hari juga susut ketara kepada bacaan neutral 52.15, manakala RSI 14–minggu jatuh untuk mengisyaratkan bacaan terlebih beli 75.48.

Sementara itu, arah aliran MACD mencetuskan isyarat beli baru selepas kejatuhan minggu lalu, manakala MACD mingguan pula menunjukkan kejatuhan pertama sejak isyarat beli pada Ogos.

Sebagai kesimpulan, mengambil kira isyarat jual berganda terhadap momentum harian dan mingguan dan penanda arah aliran bagi KLCI, kecuali saham mewah yang dijangka mengalami pembetulan lanjut minggu ini.

Bagaimanapun, ini dilihat sebagai peluang terbaik bagi pelabur untuk memburu harga untuk jangka sederhana.

Kepada kawan-kawan yang ingin melabur bolehlah call saya. tq

No comments:

Post a Comment