Monday, September 10, 2012

PANDUAN MEMBELI INSURANS NYAWA



PANDUAN MEMBELI INSURANS NYAWA
Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau syarikat kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali pemegang polisi manakala syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan.

Akan tetapi konsep insurans dan takaful amat berbeza. Takaful adalah pemindahan risiko diantara ahli yang menyertai pakatan tabarru. Manakala syarikat takaful hanyalah wakalah yang menjadi syarikat menguruskan dana risiko diantara peserta takaful. Oleh itu insurans hayat menjadi haram dan takaful keluarga(hayat) halal. Akad diatas menyebabkan wujud unsur-unsur gharar, judi dan riba didalam insurans hayat.

Disini saya akan memceritakan sedikit panduan membeli insurans nyawa (haram) atau menyertai takaful keluarga (halal). Fungsi insurans hayat dan takaful adalah hampir sama, manakala kategori produk jug a boleh dikatakan dalam kategori hampir sama. Dibawah ini saya sertakan serba ringkas beberapa kumpulan jenis produk yang pembaca boleh jadikan panduan semasa ingin membeli inurans hayat atau takaful.

Kumpulan Jenis-jenis insurans hayat dan takaful:

1.       Insurans/ takaful bertempoh
Polisi ini menawarkan perlindungan bagi tempoh terhad sahaja. Wang manfaat hanya dibayar setelah kematian atau sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal sepanjang tempoh polisi. Polisi ini tiada nilai matang atau dalam bahasa mudah wang simpanan.

2.       Insurans/takaful hayat seumur hidup
Polisi ini menawarkan perlindungan sepanjang hayat dan premiumnya dibayar mengikut sub jenisnya. Akan diterangkan dibawah. Wang manfaatnya, termasuk apa-apa bonus akan dibayar setelah kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal. Ada beberapa sub jenis bagi kumpulan ini.
i)                    Insurans/takaful hayat seumur hidup terhad tidak terjamin:
Dimana pengguna dijanjikan tempoh bayaran terhad iaitu bukan seumur hidup walaupun polisi ini melindungi seumur hidup. Akan tetapi tempoh jaminan ini tidak terjamin, ia boleh berubah mengikut situasi semasa dan keuntungan syarikat insurans/takaful keatas produk ini.

ii)                   Insurans/takaful hayat seumur hidup terhad terjamin:
Dimana pengguna dijanjikan tempoh bayaran terhad terjamin iaitu bukan seumur hidup walaupun polisi in melindungi seumur hidup.  Syarikat insurans/takaful tidak boleh mengubah terma ini walaupun situasi semasa dan keuntungan syarikat tidak menentu.

iii)                 Insurans/takaful hayat seumur hidup dimana pengguna perlu membayar seumur hidup seperti tempoh polisi tersebut.

3.       Insurans berkaitan pelaburan (investment-linked)
Premium anda digunakan untuk membeli perlindungan insurans hayat dan unit saham di dalam dana yang diuruskan oleh syarikat insurans/takaful. Harga unit tersebut adalah berasaskan prestasi pelaburan dana yang diuruskan. Manfaat yang dibayar kepada anda atau penama anda bergantung kepada harga unit saham pada masa anda menyerahkan polisi atau apabila anda meninggal dunia. Dana-dana yang dilaburkan ada dana yang halal dan haram. Disini ada beberapa kategori yang menjadikan produk ini halal ataupun haram.
Insurans/takaful
Jenis pelaburan
Status
Produk insurans
haram
Haram
Produk insurans
Halal
Haram
Produk takaful 
Haram
Haram
Produk takaful
Halal
Halal

Kenapa saya menjelaskan diatas kerana ramai agen-agen yang menjual produk insurans mendakwa produk mereka halal apabila produk insurans dilaburkan di dana yang halal. Maka disini anda perlu berhati-hati semasa ingin membeli  produk seperti  ini.

Manakala satu lagi perkara besar yang anda perlu tahu bawah kos insurans/takaful sentiasa naik mengikut kenaikan umur anda. Ini bermaksud bahawa kos insurans/takaful bagi produk jenis ini akan naik mengikut kenaikan umur pembeli tidak seperti jenis-jenis produk lain yang kekal. Mengikut situasi ini anda tidak tahu kerana kenaikan kos akan dilupuskan dari dana pelaburan anda setiap masa. Apabila dana dalam pelaburan anda tidak mengcukupi bagi menampung kos kenaikan, pada masa itu pihak syarikat akan meminta anda membayar tambahan bulanan selepas itu. Kes seperti ini banyak terjadi pada tahun 1997 – 2002 dimana banyak syarikat insurans meminta pelanggan mereka membayar lebih. Oleh itu pastikan anda betul -betul memahami ciri-ciri produk berkaitan pelaburan sebelum anda ingin membeli produk ini kerana kelak anda yang akan terperangkap. 

4.       Insurans/takaful endowmen
Polisi ini mengabungkan perlindungan dan tabungan. Wang manfaat akan dibayar pada ahkir tempoh yang ditetapkan berikutan kematian atau jika anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal. Sekiranya anda masih hidup apabila polisi matang. Anda akan mendapat wang matang (simpanan) berkenaan; jika sebaliknya wang itu akan diberi kepada penama anda.

5.       Pelan anuiti
Pelan anuiti adalah seperti pelan KWSP tetapi dikendalikan oleh syarikat insurans/takaful.  Bayaran pencen ini dibayar kepada anda sehingga anda meninggal dunia. Terdapat dua jenis anuiti iaitu anuiti serta merta dan anuiti tertunda.

6.       Perlindungan tambahan rider (tunggu ulasan detail)
a)      Manfaat hospital
b)      Kemalangan
i)                    Kemalangan asas
ii)                   Kemalangan komprehensif
c)       Penyakit kritikal
d)      Pengecualian pembayar
e)      Medical card
f)       Faedah pendapatan keluarga

No comments:

Post a Comment