Wednesday, September 18, 2013

Tidak bayar saman AES bukan kesalahan – peguam




www.insurankereta.com

KOTA KINABALU: Peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff menjelaskan sesiapa yang mendapat saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan tidak membayar saman tersebut bukan satu kesalahan.

Beliau berkata, di dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 tidak mengandungi arahan bahawa saman atau kompaun itu wajib dibayar.

"Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan arahan agar membayar saman dengan kadar yang baru iaitu RM150 tetapi jumlah tersebut akan meningkat jika engkar arahan.

"Saya nak cabar Hishamuddin tunjukkan dalam akta tersebut yang mengarahkan saman itu perlu dibayar, kalau dia boleh tunjuk sepatah ayat mengatakan bahawa saman atau kompaun perlu (wajib) dibayar, saya akan membayar kesemua saman-saman AES  yang telah dikeluarkan," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan keputusan kerajaan yang meminta pemandu yang mendapat saman membayar kompaun dengan jumlah denda yang baru.

"Kompaun tidak wajib dibayar. Saman AES ialah perintah supaya hadir mahkamah bukan minta dibayar RM300 atau RM150 atau berapa sekali pun.

"Jika penerima saman tidak membayar kompaun, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika telah diserahkan kepada PDRM, tidak boleh menyenarai hitam kerana saman itu tidak tertunggak selagi tidak dibawa ke mahkamah. Sekarang prosiding AES di mahkamah masih ditangguhkan, jadi tiada apa-apa tindakan boleh diambil jika penerima saman abaikan saja saman-saman tersebut.

"Yang tidak mahu ke mahkamah itu ialah Peguam Negara bukan penerima saman. Jadi kenapa penerima saman hendak dihukum atas tindakan Peguam Negara yang tidak mahu ke mahkamah?" tanya beliau.

Beliau melihat keputusan tersebut adalah kerana kerajaan perlu membayar kepada syarikat pembekal mengikut perjanjian yang telah dipersetujui.

Katanya, atas sebab pemandu yang kena saman AES tidak dapat didakwa dan terdapat saman-saman yang dibatalkan di mahkamah kerana mempunyai masalah teknikal dari sudut pendakwaan, maka kerajaan mengugut agar pemandu membayar saman-saman tersebut agar syarikat pembekal mendapat bayaran.

"Saya pasti kerajaan terdesak untuk bayar kepada syarikat pembekal, jika sebelum ini setiap satu saman mereka akan dapat RM16 dan jumlah denda sekarang RM150 sudah pasti pembekal mendapat RM8.

"Untuk kerajaan tidak membayar komisyen tersebut adalah satu yang mustahil kerana ia terkandung di dalam perjanjian, dan jika benar kerajaan tidak mahu bayar, satu jumlah pampasan yang besar perlu dikeluarkan untuk kos ganti rugi mereka," tambah beliau.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pemandu yang menerima saman AES agar tidak membayar saman tersebut dan hadir ke mahkamah

Beliau bersedia untuk mewakili mereka kerana terdapat saman-saman yang sebelum ini telah dibatalkan oleh mahkamah.

Monday, January 7, 2013

How much life insurance do you need to protect yourself and your family?

When you build a house, you need a good foundation to protect you from range of circumstances. Insurance protection does the same. It is the “foundation” of the plan. Do we protect what we have built for those we love? CONSTANCE JOY A. writes.

In financial planning, we divide risk management into several main areas: property and casualty insurance, liability insurance, medical insurance, disability insurance, life insurance and long-term care insurance. Which type of insurance would fit best with your budget?
Most of us walk the tightrope when we don't do our financial planning. Our loved ones are the ones climbing on our back while we walk this tightrope. And they trust us enough to follow us on this journey of life with its uncertainty.
 
On the issue of risk management, the dilemma is: “How much life insurance do I need? What kind of insurance should I purchase?”
To determine how much is enough is easy. What would you want for your surviving spouse and children to have if you were not there? A good rule of the thumb is that your coverage should be equal to five to seven times your annual household income. Another guideline is that you should have death benefit equal to 10 times annual earnings.

Similarly, to determine what type of insurance to purchase, you have to begin by looking at your cash flow. How much money would you dedicate to this goal? The priority is to get coverage and the peace of mind that goes with it. Secondly, look at which type of insurance would fit best with your budget, depending on your cash flow.

Finally, have you ever wondered how a hot air balloon reaches its destination? At different altitudes, the wind current changes, thus effecting which direction the balloon flies. Skilled ballooners know this and release the burner at just the right time without procrastination so that it does not drift dangerously off course.
Just like our goals for our loved ones, we need to stop putting off what needs to be done to protect our family and our life's goals. Stop walking the tightrope and build that foundation. Indeed, insurance is the foundation your family needs.

Tuesday, December 25, 2012

Sayangi Rumah anda-Takaful Gadai Janji (MRTA)




 Takaful Gadai Janji (MRTA)
 
Apabila anda mengambil pembiayaan untuk membeli rumah kediaman, bangunan kedai atau pejabat, institusi kewangan yang membiayai pembelian tersebut akan menghendaki anda menyertai takaful gadai janji. Ada pakej pembiayaan yang mewajipkan anda mengambil takaful gadai janji atau sebaliknya bergantung kepada institusi kewangan tersebut. Takaful gadai janji ialah pelan takaful keluarga yang akan menyelesaikan baki pembiayaan perumahan anda sekiranya anda meninggal dunia atau hilang upaya kekal. Apabila pembiayaan perumahan telah ditebus, kediaman tersebut akan ditukar milik kepada anda atau waris anda. Anda hanya perlu mencarum sekali sahaja bagi takaful gadai janji semasa mengambil pembiayaan perumahan.

Kadar caruman bergantung kepada faktor umur, jumlah pembiayaan, kadar keuntungan, jantina, tahap kesihatan dan tempoh pembiayaan tersebut. Sekiranya anda menjual rumah tersebut atau membuat penubusan awal pembiayaan perumahan anda, maka anda layak mendapat bayaran balik caruman takaful secara pro rata ke atas tempoh takaful yang belum lupus.

Sumber caruman takaful gadai janji biasanya bersumberkan dua cara. Pertama: institusi kewangan akan memasukkan kos tersebut didalam jumlah pinjaman anda. Atau sumber kedua: anda bayar menggunakan duit poket anda. Perlu diingat kaedah pertama nampak terbaik tetapi ini menyebabkan jumlah pinjaman anda bertambah serta bayaran bulanan juga bertambah berbanding dengan kaedah kedua.

Ada beberapa kelemahan pada produk ini yang jarang diceritakan oleh pihak institusi kewangan. Disini saya cuba kupaskan agar anda atau waris anda kelak tidak terperangkap dengan produk ini. 

1)     Kadar keuntungan
Masalah ini terjadi apabila anda menggunakan kadar keuntungan berubah (BLR). Iaitu Contoh: BLR + 1%, disini contoh BLR pada masa itu adalah 5% maka kadar kiraan keuntungan pada masa itu adalah BLR (5%) + 1% = 6%. Oleh itu kiraan jumlah caruman takaful gadai janji anda adalah berdasarkan 6%. Permasalah kepada anda akan timbul apabila berlaku kematian atau hilang upaya kekal, dimana ketika itu kadar BLR telah berubah iaitu naik. Jika BLR turun tidak menjadi masalah kepada anda. Contoh BLR sekarang adalah 6.5%. Maka kadar keuntungan baru Bank adalah BLR baru (6.5%) + 1% = 7.5%. Ini bermakna nilai perlindungan takaful gadai janji terhadap diri anda adalah berdasarkan kadar keuntungan asal 6%. Tetapi semasa kejadian kadar keuntungan baru 7.5%. %-6% = 1.5%. Ini menyebabkan perlindungan takaful gadai janji anda tidak mengcukupi melindungi jumlah baki pinjaman pada masa itu. Maka anda atau waris terpaksa membayar secara tunai jumlah baki hutang yang masih tertunggak (1.5%): contoh kiraan semasa kejadian kematian atau hilang upaya kekal.

Baki pinjaman: RM100 000
Jumlah perlindungan pada masa itu: RM80 000
Jumlah baki hutang (baki pinjaman – jumlah perlindungan pada masa itu):
RM20 000

Maka anda atau waris perlu menjelaskan baki RM20 000 tersebut kepada institusi pembiayaan tersebut.

Keadaan ini banyak terjadi kerana semasa memohon pembiayaan,  anda akan meminta kos paling rendah bagi kos caruman takaful gadai janji. Maka pihak pembiaya akan mengira berdasarkan kadar BLR paling minimum. Anda terseyum riang kerana bayaran caruman rendah tetapi anda tidak sedar kesannya terhadap anda atau waris semasa proses tuntutan kelak. Permasalah ini tidak terjadi terhadap pelanggan yang menggunakan kaedah pembiayaian berkadar tetap.

2)      Pembeli bersama
Jika anda membeli rumah menggunakan dua nama contoh suami isteri: kebiasaanya anda akan menyertai takaful gadai janji menggunakan kaedah 50%:50%. Ini akan menyebabkan kos caruman anda jimat. Cuba kita lihat jika anda menggunakan kaedah 100%:100%.

Contoh: jumlah pembiayaan rumah anda adalah RM200 000.00, perbandingan kaedah 100% dengan kaedah 50%
Peminjam/kaedah
Kaedah
Perlindungan(RM)
Kos takaful (RM)
Suami
100%
200 000
8 000
50%
100 000
4 000
Isteri
100%
200 000
7 500

50%
100 000
3 500

Maka jumlah kos: Kaedah 100% adalah RM8000 (suami) + RM7500 (isteri) = RM15 500
Tetapi bagi kaedah 50% adalah RM4000 (suami) + RM3500 (isteri) = RM7 500

Sudah pasti anda akan memilih kaedah 50%. Akan tetapi perlu diingat bahawa semasa berlaku kematian terhadap salah seorang daripada anda. Maka perlindungan takaful hanya melindungi 50% sahaja daripada jumlah pinjaman anda. Baki selebihnya yang masih hidup perlu membayar bulanannya termasuk baki kesan kenaikan BLR seperti mana yang saya jelaskan di kesan kadar keuntungan sebelum ini.

3)      Penyakit kritikal
Takaful gadai janji tidak tidak melindungi penyakit kritikal. Jika anda memiliki produk ini tetapi anda disahkan terkena penyakit kritikal, maka anda perlu membayar pinjaman perumahan seperti biasa. Ini sebenarnya amat membebankan anda kerana kos perubatan yang tinggi serta bayaran bulanan pinjaman perlu dilunaskan. Oleh itu keadah terbaik yang anda boleh ambil dengan menyertai produk lain yang melindungi penyakit kritikal agar masalah ini dapat diatasi.

4)      Kaedah tandatangan sahaja
Ramai pengguna menggunakan kaedah menurunkan tandatangan di borang permohonan takaful gadai janji tanpa membaca isi kandungannya. Mereka percaya penuh mutlak kepada pegawai institusi pembiaya. Ini adalah satu kaedah yang salah kerana kesannya ramai yang tidak dapat membuat tuntutan takaful gadai janji disebabkan tidak mengistiharkan keadaan kesihatan yang tepat semasa memohon pinjaman perumahan. Keadaan ini terjadi kerana peminjam hanya menurunkan tandatangan dan pihak pegawai hanya tanda sihat didalam borang permohonan disediakan. Jika ini terjadi siapa yang patut dipersalahkan? Pelanggan dan institusi kewangan akan mengatakan pihak syarikat takaful cuba menafikan tuntutan, pihak takaful akan mengatakan ada masalah penipuan dalam mengisi borang kesihatan. Maka anda sebagai peminjam yang menjadi mangsa. Oleh itu baca dan jawap satu persatu keatas soalan yang diberikan. Ambil masa biar berapa lama sekalipun agar anda tidak terjerat. Jika tidak faham terma dan syaratnya minta pegawai institusi tersebut jelaskan satu persatu.

5)      Kekeliruan produk
Kes ini banyak terjadi kepada kakitangan kerajaan. Bukan maksud saya yang meminjam dengan pihak swasta tidak terjadi. Ada juga yang terjadi tapi kecil kesnya berbanding dengan mereka ynag meminjam dengan kerajaan. Ini kerana didalam produk pinjaman perumahan kerajaan mereka menawarkan dua produk takaful iaitu Takaful gadai janji dan takaful kebakaran bertempoh. Produk ini menjadi pilihan samada memyertai salah satu atau keduanya. Kebiasaanya kakitangan kerajaan akan mengambil produk Takaful Kebakaran bertempoh, ini kerana produk ini murah berbanding Takaful gadai janji. Apabila mereka boleh memilih maka mereka diberikan yang murah kerana beberapa faktor: mereka pilih sendiri atau diberi berdasarkan kepada kelayakan maksimum pinjaman. Dalam kes ini ramai kakitangan kerajaan yang saya jumpa mempunyai masalah ini. Oleh itu pastikan anda mengambil produk yang betul bukan kerana murah. Jika had kelayakan anda telah maksimum maka apa kiranya anda keluarkan duit poket sendiri bagi kos takaful, supaya anda tidak bermasalah kelak.

6)      Pembayaran balik baki caruman bila berlaku penebusan semula pembiayaan
Keadaan ini berlaku apabila anda menjual rumah anda sebelum tempoh bayaran bayaran balik selesai atau anda membuat penjelasan kesemua baki pinjaman dalam tempoh sebelumnya. Sebenarnya anda berhak mendapatkan kembali baki caruman takaful yang belum digunakan tempohnya. Oleh itu anda perlu meminta pihak institusi kewangan membuat proses tuntutan kembali dengan pihak syarikat takaful. Anda perlu membuat tindakan susulan agar proses ini berjalan dengan lancar. Jangan mengharapkan kakitangan institusi kewangan menjalankan  tugasan mereka walaupun mereka dibayar gaji. Anda perlu mengambil bahagian, ini kerana duit anda bukan duit mereka. Mereka silih berganti ditempat anda berurusan. Oleh itu anda adalah orang yang perlu lebih tahu dalam menentukan hak anda.

7)      Bayaran Mudharabah
Uniknya kontrak takaful, anda akan dibayar mudharabah apabila kontrak takaful gadai janji anda matang. Jumlah mudharabah anda adalah bergantung kepada kontrak yang anda tandatangani semasa permohonan. Syarikat takaful menawarkan kadar mudharabah berbeza mengikut kontrak masing-masing. Contoh syarikat E menggunakan kadar 80%/20%. Syarikat P: 70%/30% dan syarikat M: 70%/30%. 80% itu adalah bayaran keuntungan kepada pelanggan dan 20% itu bayaran keuntungan kepada pemilik syarikat takaful tersebut. Oleh itu pastikan anda kemaskini alamat semasa anda semasa kontrak ini hendak matang. Agar mudharabah tersebut dapat dibayar terus kepada anda oleh syarikat takaful tersebut. Bagaimana jika anda membeli insuran gadai janji dari syarikat insurans konversional, adakah anda akan mendapat bonus seperti ini juga? Jawapannya adalah tidak, produk insurans gadai janji (konversional) tidak mempunyai kontrak seperti ini. Kesemua duit bayaran premium anda akan hangus.
  

Monday, October 15, 2012

Sindiket tipu tuntutan insurans


Seorang individu yang dipercayai menjalankan sindiket insurans kenderaan yang mengalami kemalangan menunggu mangsa di hadapan Balai Polis Trafik Jalan Tun H. S. Lee, Kuala Lumpur


KEGIATAN memanipulasi tuntutan insurans kemalangan bukanlah satu perkara baharu malah semakin menjadi-jadi kebelakangan ini sehingga menyebabkan pihak insurans terpaksa menanggung kerugian ratusan juta ringgit setiap tahun. Dalam satu laporan khas, wartawan Utusan Malaysia membongkar kegiatan licik sindiket itu yang beroperasi dengan melibatkan ejen insurans sendiri, bengkel membaiki kenderaan, trak penunda, firma guaman malah pihak berkuasa.
Misi mereka satu - mengaut keuntungan semaksimum mungkin pampasan yang diberikan pihak insurans di atas kemalangan atau kehilangan nyawa orang lain.
Hasil penyamaran wartawan sebagai mangsa kemalangan mendapati ejen sindiket mengakui boleh menguruskan semua urusan berkaitan tuntutan insurans malah, sehingga ke tahap membuat laporan polis.
Menurut sumber insurans, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Jenayah Malaysia (SPRM), kegiatan sindiket itu sukar dibanteras kerana saksi termasuk mangsa enggan tampil membantu kerana mendapat pampasan walaupun dalam jumlah kecil.

Saturday, October 6, 2012

APA ITU INSURANS




APA ITU INSURANS

Definisi insurans: insurans merupakan satu institusi ekonomik berasaskan prinsip bersaling dibentuk bagi tujuan menubuhkan dana am. Keperluannya timbul daripada berlakunya risiko yang tidak diduga, yang kebarangkalian berlakunya boleh dianggarkan dengan munasabah. Dari segi kewangan pula, insurans ditakrifkan sebagai penganturan kewangan yang mengagihkan semula kos kerugian luar jangka.


Sejarah industri insurans: Sejarah insurans yang jelas bermula pada abad ke-13 dan ke -14 dimana insurans perkapalan berkembang sejajar dengan perkembangan industri perkapalan di Eropah. Bagi insurans hayat pula, polisi pertama telah dikeluarkan di England pada tahun 1583 keatas William Gybbon.

Insurans berjalan atau beroperasi atas prinsip-prinsip asas insurans iaitu kepentingan boleh insurans, penuh percaya mutlak, gantirugi, subrogasi, perkongsian sama rata dan sebab terhampir.

Insurans atau dengan jelas lagi dipanggil insurans konversional terbahagi kepada dua,iaitu insurans hayat dan insurans AM.


Pendapat ulama terhadap insurans: Pada 15 jun 1972, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dalam persidangan memutuskan bahawa insurans hayat(nyawa)  adalah haram manakala insurans am adalah harus (rujuk lampiran).

Kontrak insurans yang berasaskan kepada penjualan polisi antara pemegang polisi atau pihak yang diinsuranskan dengan penanggung insurans menjadi sebab utama kenapa insurans diharamkan. Unsur-unsur yang dilarang dalam insurans: Para ulama memutuskan kontrak insurans haram kerana ia mengandungi unsur-unsur berikut:

1.      Gharar (ketidakpastian)
Gharar menurut syarak: islam telah mensyaratkan bahawa sesuatu akad atau perjanjian yang dimeterai antara pihak yang membuat perjanjian mestilah jelas tentang perkara yang diakadnya.

“rasulullah s.a.w melarang daripada menjual barang (secara melontar batu) dan jualan yang mempunyai gharar” (riwayat Baihaqi).

Kontrak insurans mengandungi unsur gharar kerana: “apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (pembeli) tidak mendapat sebarang keuntungan sedangkan kontraknya adalah berasaskan jual beli”.

Dalam kontrak insurans, syarikat insurans akan menawarkan produk(jaminan) manakala pembeli, membeli produk (jaminan). Urusan jual beli ini berlaku dimana produk adalah dalam bentuk satu jaminan manakala pembeli mesti membayar kosnya setiap masa yang di tetapkan. Persoalannya jika berlaku musibah pampasan akan dibayar kepada pembeli atau warisnya jika tidak sebaliknya. Ini menunjukkan bahawa walaupun bayaran telah dibuat oleh pembeli tetapi produknya belum tentu akan dapat dimiliki oleh pembeli atau warisnya.

Keadaan ini bertepatan dengan definisi gharar oleh ibn Taimiyah yang menerangkan:
“gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya”.

2.      Maisir (judi)
“hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar, maisir, berhala, bertenung nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, maka jauhillah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan”(Surah al-maidah:90)

Dalam konteks insurans, para ulama menyatakan maisir dan gharar mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi mengandungi gharar maka dengan sendirinya unsur maisir akan turut serta. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait. Islam menganggap sebagai suatu perjudian apabila seseorang pemegang polisi insurans nyawa meninggal dunia sedangkan tempoh perjanjian belum lagi tamat dan hanya membayar sebahagian premium yang dipersetujui, tetapi kemudian diberikan pula pampasan yang tidak dijelaskan asal usul sumbernya. Syarikat insurans boleh mengalami keuntungan atau kerugian disebabkan tuntutan yang seolah-olah bergantung kepada nasib disebabkan wujudnya unsur gharar. Keuntungan daripada itu dianggap sebagai judi.

Jenis-jenis judi dalam kontrak insurans:
i)                    Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
ii)                  Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi tidak berlaku
iii)                Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebih jumlah premium yang diterima.

3.      Riba
“dan allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba”. ( surah al-baqarah:275)

Didalam kontrak insurans terdapat empat jenis riba yang terlibat:
i)            Apabila pembeli insurans membuat pengeluaran duit simpanan, ia dipanggil “policy Loan”. Disini pembeli mesti membayar kembali duit yang dikeluarkan bersama dengan kadar feadah yang dikenakan. Kebiasannya setiap syarikat insurans mengenakan kadar faedah sebanyak 8% setahun keatas policy loan. Terma ini berjalan keatas produk insurans yang berbentuk tradisional. Bagi polisi berkaitan pelaburan(investment-linked) keadaan ini tidak berlaku.
ii)                  Premium yang terlewat bayar akan dikenakan bunga mengikut kadar yang ditentukan dan ini dipanggil riba. Ini melibatkan produk insurans tradisional dan berkaitan pelaburan.
iii)     Sesetengah produk insurans ada membayar dividen (produk tradisional) kepada pemegang polisi samada semasa matang atau setiap ulangtahun polisi. Dividen ini bersumberkan riba yang dijana daripada pelaburan di syarikat-syarikat yang berkaitan dengan riba dan tidak mengikut syarak seperti syarikat judi, arak serta industri berkaitan babi.
iv)            Manakala bagi produk berkaitan pelaburan pula, syarikat insurans tidak membayar dividen, tetapi pihak pemegang polisi mendapat keuntungan daripada duit pelaburan mereka. Dimana duit ini dilaburkan terus oleh pihak syarikat insurans ke dalam syarikat berkaitan riba, arak dan yang haram lain. Maka dengan sendirinya keuntungan tersebut menjadi haram. Ada sesetangah produk ini dilaburkan didana-dana yang halal. Ini bermakna hukum pelaburannya adalah halal. Cuma produk ini masih menjadi haram kerana ia masih mengandungi unsur-unsur gharar dan judi. Unsur riba(denda lambat bayar premium) masih boleh terlibat jika pemegang polisi lambat membuat bayaran premium seperti dalam kontrak.

Saturday, September 22, 2012

Apa itu takaful?



1.Apa itu takaful?

Definisi:
Kata dasar perkataan takaful adalah Kafala yang bererti menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh itu takaful memberi maksud saling menjamin, menjaga dan memelihara. Dalam bahasa yang mudah takaful bermaksud satu pakatan yang berjanji menjaga kebajikan diantara ahli apabila salah seorang daripada mereka yang menyertai pakatan berlaku musibah. Oleh sebab itu kontrak takaful mengandungi unsur tabarru’. Tabarru’ berfungsi sebagai satu dana bagi menolong ahli pakatan apabila musibah melanda. Unsur-unsur lain yang terlibat dalam kontrak takaful adalah Mudharabah, wakalah, qardh hasan dan hibah.

Tabarru’ bermaksud menderma. Dalam operasi takaful setiap peserta yang ingin menyertai pakatan ini, mesti menyumbang (tabarru’) duit mereka kedalam tabung dana risiko. Dana ini akan digunakan apabila peserta-peserta dalam pakatan tersebut ditimpa musibah. Kebiasaannya nisbah tabarru’ dan Akaun peserta (simpanan) berbeza diantara setiap produk dan syarikat takaful.

Mudharabah merupakan kontrak perkongsian melibatkan satu pihak menyediakan modal dan satu lagi mengusahakan. Dalam kes takaful pemodal (peserta) dan pengusaha (syarikat takaful).  Wang sumbangan peserta selepas ditolak yuran wakalah akan dilaburkan oleh syarikat takaful samada dari dana risiko dan akaun peserta (simpanan). Apabila berlaku keuntungan, keuntungan tersebut akan dibahagikan kepada peserta dan syarikat takaful mengikut nisbah yang dipersetujui pada peringkat awal kontrak diantara peserta dengan syarikat takaful. Kebiasaanya setiap syarikat takaful meletakkan nisbah berbeza. Malahan ada juga syarikat yang sama tetapi apabila produk berbeza maka nisbah juga berbeza. Oleh itu peserta boleh memilih syarikat yang memberi tawaran terbaik kepada mereka sebelum ingin menyertai mana-mana produk takaful.

Wakalah bermaksud penyerahan tanggungjawab yang ada pada seseorang (muwakkil) kepada seseorang yang lain (wakil) dengan lafaz agar menguruskan tanggungjawab yang diwakilkan. Dalam industri takaful, wakalah wujud dalam dua kontrak. Syarikat takaful dilantik sebagai wakil oleh pihak peserta. Syarikat takaful (wakil) akan menjalankan tanggungjawab dalam mengurus dana risiko dan simpanan peserta serta segala urusan berkaitan. Manakala peserta mesti menyumbangkan wang kedalam tabung dana risiko tersebut. Manakala wakalah kedua pula adalah diantara syarikat takaful dan pekerja pemasaran syarikat. Dimana syarikat menyediakan skim takaful (produk) manakala pekerja pemasaran ( wakil@agent, broker, banktakaful dan kakitangan syarikat-jual terus) adalah wakil yang dilantik oleh syarikat bagi memasarkan skim tersebut kepada masyarakat bagi pihak syarikat.  

Kontrak Qard hasan merupakan pinjaman kebajikan dimana peminjam hanya perlu membayar semula jumlah wang yang dipinjam tanpa ada bayaran tambahan. Dalam industri takaful, pinjaman ini dijalankan apabila syarikat takaful kehabisan wang dari dana risiko akibat tuntutan yang melebihi dana. Maka syarikat takaful perlu memberi pinjaman kepada dana risiko bagi mempercepatkan proses tuntutan tersebut agar kebajikan peserta tidak terabai.

Kontrak hibah bermaksud memberi milik (duit, barang) kepada orang lain. Dalam industri takaful hibah berfungsi dalam beberapa keadaan. Pertama apabila syarikat takaful memberi pinjaman qardh hasan kepada dana risiko, maka pengurus dana risiko boleh memberi hibah kepada syarikat takaful sebagai tanda terima kasih apabila tabung dana tersebut pulih kembali. Kedua, hibah dari segi wang simpanan peserta: peserta boleh menghibahkan wang simpanan mereka kepada sesiapa yang diinginkanya apabila peserta tersebut meninggal dunia. Manakala wang pampasan daripada dana risiko (tuntutan) perlu diberi kepada waris yang sah mengikut hukum faraid. Ketiga, hibah wang keuntungan(mudharabah) yang kecil setiap tahun, contoh ada satu syarikat takaful dinegara ini meminta peserta hibahkan keuntungan tersebut (secara langsung) kepada rumah anak yatim dan orang miskin dari produk mereka (bukan semua produk) apabila keuntungan produk tersebut kurang daripada RM10 setiap tahun. Hibahan tersebut diuruskan oleh syarikat takaful bagi pihak peserta.

Sejarah Takaful
 Sistem takaful wujud dizaman kerajaan islam madinah lagi. Rasulullah s.a.w telah memperkenalkan dua skim utama pada masa itu. Skim al-aqilah; konsep saling bertanggungjawab dikalangan ahlinya. Di bawah skim ini, setiap ahli bersetuju mewujudkan satu tabung dana risiko yang dikenali al-khanz. Semua pungutan atau caruman yang dibayar oleh ahli akan dimasukkan kedalam tabung tersebut. Tujuan tabung ini  adalah menyediakan bayaran sebagai bantuan bagi menolong mana-mana ahli yang terlibat dengan pembunuhan secara tidak segaja atau untuk menebus tawanan perang muslimin dari pada musuh pada masa itu.

Satu lagi skim ialah al-qasamah berhubung dengan nyawa manusia. Skim ini juga melibatkan usaha mengumpul dana dalam sebuah tabung dana risiko al-qasamah. Manfaat akan dibayar kepada waris-waris (ahli peserta) yang dibunuh jika kes pembunuhan itu tidak diketahui siapa pembunuhnya atau keterangan saksi yang layak untuk benar-benar mengenal pasti pembunuhnya tidak diperolehi.

Skim al muwalah adalah satu skim tanggungan antara dua sahabat, dimana setiap sahabat berjanji akan menjaga ahli keluarga sahabat mereka. Jika salah seorang diantara mereka terkorban semasa keluar berperang. Ini bagi memastikan kebajikan anak-anak dan isteri simati akan terbela jika berlaku kecelakaan keatas suami mereka.

Dalam masyarakt melayu dana khairat kematian adalah satu contoh sistem takaful yang diuruskan secara tidak sedar oleh masyarakat melayu hari ini. Ini kerana sistem pengurusan yang tidak sistematik. Maka melalui sistem pengendali (syarikat takaful) maka sistem ini dapat diuruskan secara lebih sistematik.