APA ITU INSURANS
Definisi insurans: insurans merupakan satu institusi ekonomik berasaskan prinsip bersaling
dibentuk bagi tujuan menubuhkan dana am. Keperluannya timbul daripada berlakunya
risiko yang tidak diduga, yang kebarangkalian berlakunya boleh dianggarkan
dengan munasabah. Dari segi kewangan pula, insurans ditakrifkan sebagai
penganturan kewangan yang mengagihkan semula kos kerugian luar jangka.
Sejarah industri insurans: Sejarah insurans yang jelas bermula pada abad ke-13 dan ke
-14 dimana insurans perkapalan berkembang sejajar dengan perkembangan industri perkapalan
di Eropah. Bagi insurans hayat pula, polisi pertama telah dikeluarkan di
England pada tahun 1583 keatas William Gybbon.
Insurans berjalan atau beroperasi
atas prinsip-prinsip asas insurans iaitu kepentingan boleh insurans, penuh
percaya mutlak, gantirugi, subrogasi, perkongsian sama rata dan sebab
terhampir.
Insurans atau dengan jelas lagi
dipanggil insurans konversional terbahagi kepada dua,iaitu insurans hayat dan
insurans AM.
Pendapat ulama terhadap insurans: Pada 15 jun 1972, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dalam
persidangan memutuskan bahawa insurans hayat(nyawa) adalah haram manakala insurans am adalah harus
(rujuk lampiran).
Kontrak insurans yang berasaskan
kepada penjualan polisi antara pemegang polisi atau pihak yang diinsuranskan
dengan penanggung insurans menjadi sebab utama kenapa insurans diharamkan. Unsur-unsur
yang dilarang dalam insurans: Para ulama memutuskan kontrak insurans haram
kerana ia mengandungi unsur-unsur berikut:
1.
Gharar
(ketidakpastian)
Gharar
menurut syarak: islam telah mensyaratkan bahawa sesuatu akad atau perjanjian
yang dimeterai antara pihak yang membuat perjanjian mestilah jelas tentang
perkara yang diakadnya.
“rasulullah
s.a.w melarang daripada menjual barang (secara melontar batu) dan jualan yang
mempunyai gharar” (riwayat Baihaqi).
Kontrak
insurans mengandungi unsur gharar kerana: “apabila tidak berlaku tuntutan, satu
pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara
satu pihak lagi (pembeli) tidak mendapat sebarang keuntungan sedangkan
kontraknya adalah berasaskan jual beli”.
Dalam
kontrak insurans, syarikat insurans akan menawarkan produk(jaminan) manakala
pembeli, membeli produk (jaminan). Urusan jual beli ini berlaku dimana produk
adalah dalam bentuk satu jaminan manakala pembeli mesti membayar kosnya setiap
masa yang di tetapkan. Persoalannya jika berlaku musibah pampasan akan dibayar
kepada pembeli atau warisnya jika tidak sebaliknya. Ini menunjukkan bahawa
walaupun bayaran telah dibuat oleh pembeli tetapi produknya belum tentu akan
dapat dimiliki oleh pembeli atau warisnya.
Keadaan
ini bertepatan dengan definisi gharar oleh ibn Taimiyah yang menerangkan:
“gharar
dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah
pihak lagi tidak menerimanya”.
2.
Maisir
(judi)
“hai
orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar, maisir, berhala, bertenung nasib
dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, maka jauhillah
perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan”(Surah al-maidah:90)
Dalam
konteks insurans, para ulama menyatakan maisir dan gharar mempunyai kaitan yang
amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi mengandungi gharar maka dengan
sendirinya unsur maisir akan turut serta. Kaitan antara keduanya adalah terlalu
rapat dan saling berkait. Islam menganggap sebagai suatu perjudian apabila
seseorang pemegang polisi insurans nyawa meninggal dunia sedangkan tempoh
perjanjian belum lagi tamat dan hanya membayar sebahagian premium yang dipersetujui,
tetapi kemudian diberikan pula pampasan yang tidak dijelaskan asal usul
sumbernya. Syarikat insurans boleh mengalami keuntungan atau kerugian
disebabkan tuntutan yang seolah-olah bergantung kepada nasib disebabkan
wujudnya unsur gharar. Keuntungan daripada itu dianggap sebagai judi.
Jenis-jenis
judi dalam kontrak insurans:
i)
Peserta
membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar
jumlahnya.
ii)
Peserta
hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi tidak berlaku
iii)
Syarikat
akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebih jumlah premium yang
diterima.
3.
Riba
“dan
allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba”. ( surah al-baqarah:275)
Didalam
kontrak insurans terdapat empat jenis riba yang terlibat:
i) Apabila
pembeli insurans membuat pengeluaran duit simpanan, ia dipanggil “policy Loan”. Disini pembeli mesti
membayar kembali duit yang dikeluarkan bersama dengan kadar feadah yang
dikenakan. Kebiasannya setiap syarikat insurans mengenakan kadar faedah sebanyak
8% setahun keatas policy loan. Terma ini berjalan keatas produk insurans yang
berbentuk tradisional. Bagi polisi berkaitan pelaburan(investment-linked)
keadaan ini tidak berlaku.
ii)
Premium
yang terlewat bayar akan dikenakan bunga mengikut kadar yang ditentukan dan ini
dipanggil riba. Ini melibatkan produk insurans tradisional dan berkaitan
pelaburan.
iii) Sesetengah
produk insurans ada membayar dividen (produk tradisional) kepada pemegang
polisi samada semasa matang atau setiap ulangtahun polisi. Dividen ini
bersumberkan riba yang dijana daripada pelaburan di syarikat-syarikat yang
berkaitan dengan riba dan tidak mengikut syarak seperti syarikat judi, arak serta
industri berkaitan babi.
iv) Manakala
bagi produk berkaitan pelaburan pula, syarikat insurans tidak membayar dividen,
tetapi pihak pemegang polisi mendapat keuntungan daripada duit pelaburan
mereka. Dimana duit ini dilaburkan terus oleh pihak syarikat insurans ke dalam
syarikat berkaitan riba, arak dan yang haram lain. Maka dengan sendirinya
keuntungan tersebut menjadi haram. Ada sesetangah produk ini dilaburkan
didana-dana yang halal. Ini bermakna hukum pelaburannya adalah halal. Cuma
produk ini masih menjadi haram kerana ia masih mengandungi unsur-unsur gharar
dan judi. Unsur riba(denda lambat bayar premium) masih boleh terlibat jika
pemegang polisi lambat membuat bayaran premium seperti dalam kontrak.
No comments:
Post a Comment