Friday, October 1, 2010

Bina Kerjaya Dengan Kami

Cerita dari saudara Azizam. salah seorang Wakil Takaful

Di puncak Table Mountain, Afrika Selatan pada tahun 2007
Siapa kata jadi Wakil Takaful tidak boleh cari makan, sara anak bini, bayar hutang rumah, bayar hutang kereta, simpanan duit bulan bulan?

"Alah!!! Buat takaful siang malam pun bukan boleh jadi kaya" kata kata sindiran tajam yang menikam ini masih lagi terdegar degar di kedua belah telingga aku. Disaat aku hendak mula menjadi Wakil Takaful. Pelbagai cabaran aku terpaksa tempuhi. Bukan galakkan yang mereka beri, tetapi sindiran yang aku terima.

Halangan dan sindiran dari kawan kawan nyaris nyaris melemahkan semangat kejantanan aku. Nasib baik aku tak terikut kata kata mereka. Kalau tidak entahlah apa yang akan terjadi, aku mungkin tidak akan menjadi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini.

Aku bukan tidak bersyukur dengan pemberian daripada-Nya, Cuma aku ingin ingatkan kepada semua pembaca yang budiman bahawa rezeki ada dimana mana asalkan kita rajin berusaha dan konsisten dengan apa yang kita lakukan. Jangan tamak dan bersyukurlah di atas pemberian-Nya. Kalau kita hendak buat sesuatu. Buatlah dengan bersungguh sungguh. Tidak semestinya menjadi wakil takaful sahaja boleh kaya. Ada yang cari besi buruk pun boleh pakai Mercedes. Asalkan rajin dan sabar
Azizam Saidina Othman ketika bercuti bersama keluarga di kota Hong Kong pada bulan Julai 2009

Kadang kadang kita perlu pekakkan telingga dengan nasihat yang kurang berguna untuk lebih berjaya. Andai nasihat itu datang dari orang yang telah berjaya atau telah mencuba tetapi kurang berhasil perlu juga kita menelitilinya. Tetapi, kalau nasihat itu datang dari mereka yang tidak pernah berusaha untuk mencuba tidak perlulah kita membuang masa dengan mendengarnya... lebih baik masa itu kita gunakan dengan menjalankan aktiviti yang telah kita rancangkan.

Sebelum aku terlibat dengan industri takaful. Aku pernah bekerja sebagai operator kilang, promoter di supermarket, peniaga pasar malam dan pelbagai kerja kampung.

Dulu, aku buat takaful naik motor sahaja. Dengan motosikal inilah beliau menjalankan perniagaan takaful dari rumah ke rumah, dari kedai ke kedai, dari kilang ke kilang, dari sekolah ke sekolah, dari universiti ke universiti. Senang cakap, seluruh negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang aku telah menjelajah untuk memperkenalkan pelan perlindungan takaful kepada seluruh masyarakat melayu pada ketika itu.

Tak payah le nak bagi macam macam alasan. Aku naik motor pun boleh buat takaful, orang jalan kaki pun boleh buat takaful. Tak kan anda yang sihat tubuh badan dan ada ijazah dan diploma pula tu tak boleh buat?

Disaat anda sedang asyik membaca laman web ini aku sebenarnya tidak lagi menunggang motosikal Yamaha 100 sport untuk menjalankan perniagaan takaful keluarga, tidak lagi menumpang hidup di rumah kedua orang tua aku. Aku kini mampu memandu pelbagai jenis kenderaan mewah dan mampu juga mendiami rumah yang bernilai jutaan ringgit hasil perniagaan ini.

Bagi memastikan masa depan aku sentiasa terjamin. Aku telah melabur sebahagian dari pendapatan aku dalam beberapa sektor. Antaranya adalah hartanah. Aku dah boleh beli beberapa buah Rumah, Rumah Kedai, Kedai pejabat dan tanah yang bernilai jutaan ringgit disekitar kawasan utara.

Mana tahu mungkin selepas ini giliran anda pula untuk bergelar jutawan Melayu yang seterusnya. Didalam dunia ini tidak ada yang mustahil. Kita diberi akal dan fikiran untuk berfikir, kita diberi tenaga untuk bekerja keras, kita diberi ruang dan kesempatan untuk maju dan berjaya
Ingat!!! Anda tidak perlu menjadi Superman, Spiderman, Batman mahupun Cicakman untuk menjadi Jutawan Melayu. Jadilah diri anda yang sebenarnya kerana didalam diri anda sudah ada segala galanya untuk bergelar jutawan Melayu yang seterusnya. Tapi sayang, anda tidak berani untuk mengubah hidup anda, anda tidak berani membuat keputusan, anda tidak berani menjadi usahawan, anda takut gagal, anda takut dicemuh orang lain, anda malu dengan kawan kawan anda sekiranya anda menjadi Usahawan Takaful?

Dari apa yang anda baca diatas. Sebenarnya aku hanya bersekolah setakat tingkatan 5 sahaja bukan lulusan luar negeri jauh sekali masuk Universiti. Tapi, kenapa aku boleh berjaya? Kerana aku tidak mempunyai pilihan lain kecuali berniaga atau menjadi Wakil Takaful Keluarga. Apa bisnes yang boleh aku buat? Hanya bisnes yang memerlukan modal yang minima tetapi memberikan keuntungan yang maksima yang termampu aku lakukan, kerana aku tidak berpelajaran tinggi untuk mengurus syarikat gergasi.

Aku mengumpul pendapatan setiap bulan untuk dijadikan modal tanpa meminjam dari bank mahupun kerajaan dan tidak mustahil suatu hari nanti aku akan menjadi lebih hebat dari apa yang anda semua baca, lihat dan dengar hari ini. InsyaAllah...segala galanya adalah belas ehsan daripada-Nya diatas ikhtiar, usaha dan keyakinan yang tidak pernah berbelah bagi untuk mengubah taraf hidup aku sekeluarga.

Seiapa kata jadi wakil takaful tidak boleh cari makan? Aku sudah buktikan bahawa segulung ijazah, segenggam diploma bukan segala galanya. Hanya usaha yang tidak pernah kenal makna erti berputus asa dan tawakal kepada Allah adalah azimat yang paling baik dalam hidup kita.

Marilah kita bersama sama mereka yang telah berjaya mencorak masa depan generasi bangsa Melayu ( Islam ) ke arah yang lebih baik dan dihormati oleh orang lain dan mendapat keberkatan rezeki di dunia dan akhirat.
Untuk pengetahuan anda. Ada wakil takaful keluarga mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM500,000.00 sebulan. Siapa mereka itu? Mereka itu mungkin berada disekitar anda sahaja. Cuma anda tidak mengenalinya...

Gambar gambar disertakan ini aku tunjukkan bukan untuk menunjuk nunjuk..Sekadar memberi sedikit bukti bahawa menjadi wakil takaful boleh juga cari makan.





Tahukah anda?

Etiqa Takaful berhad sentiasa membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi WAKIL TAKAFUL KELUARGA

Tahukah anda, Ganjaran yang ditawarkan kepada anda merupakan antara yang tertinggi di Malaysia?
Ganjaran yang ditawarkan kepada anda
  • Pendapatan yang tidak terhad
  • Waktu kerja yang fleksibel
  • Pakej komisen, bonus dan insentif yang menarik
  • Pengiktirafan diatas pencapaian
Jika anda berjaya mendapatkan 10 perniagaan baru pada setiap bulan dan setiap peserta takaful keluarga mencarum RM100.00 sebulan. Maka anda akan menerima komisen seperti berikut:-
Ilustrasi komisen:
Bulan
Kes*
RM/Kes
Sumbangan Terkumpul
X 35%
Kenaikan Komisen
Komisen terkumpul
1
10
100
1000
350
350
350
2
10
100
1000
350
350
700
3
10
100
1000
350
350
1,050
4
10
100
1000
350
350
1,400
5
10
100
1000
350
350
1,750
6
10
100
1000
350
350
2,100
7
10
100
1000
350
350
2,450
8
10
100
1000
350
350
2,800
9
10
100
1000
350
350
3,150
10
10
100
1000
350
350
3,500
11
10
100
1000
350
350
3,850
12
10
100
1000
350
350
4,200
* 1 Pelanggan ditakrifkan sebagai 1 Kes
Selepas 12 bulan anda menjalankan perniagaan takaful keluarga. Anda akan menerima pendapatan bulanan sebanyak RM4,200 setiap bulan.
1 Jualan akan menjana
6 tahun pendapatan bulanan
Dengan 110% keuntungan 


Tahukah anda, selain dari pelan takaful keluarga anda juga berpeluang untuk memasarkan produk perbankan seperti Kad Ikhwan. 
Komisyen bagi setiap Kad yang diluluskan:
Kad
Visa Platinum
Visa    Emas
Amex Platinum
Amex Emas
Komisen
RM140.00
RM80.00
RM140.00
RM80.00

Berapa ramai saudara mara anda, sahabat baik anda, jiran taulan anda yang masih mengunakan Kad Kredit Konvensional yang terlibat dengan sistem RIBA? Anda sendiri boleh fikir...Jika anda boleh buat 60 jualan kad bayangkan berapa komisen Kad Ikhwan sahaja setiap bulan
60 Maybank Islamic Ikhwan Card X RM80 = RM4,800.00


Tahukah anda, mungkin anda yang kami cari?
Kami sedang mencari individu yang dinamik, muda dan bersemangat tinggi yang ingin mengusahakan perniagaan Takaful Keluarga secara sambilan atau sepenuh masa.

Jika anda…
  • Beragama Islam
  • Memiliki sekurang kurangnya SPM
  • Terbuka kepada Lelaki dan wanita
  • Berusia 23 hingga 45 tahun pada tarikh permohonan
  • Dan, bersemangat untuk menjadi usahawan takaful keluarga yang berjaya
  • Anda merupakan insan istimewa yang kami cari selama ini
Tahukah anda, Apa tindakkan anda seterusnya?
Jika anda berminat dan sanggup menghadapi cabaran didalam industri Takaful. Anda boleh emailkan  resume kepada kami di:  hfpagency@gmail.com

Pihak kami akan memanggil temuduga:

Sila bawa  dokumen berikut semasa sesi temuduga
1. 1 salinan sijil SPM
2. 1 salinan Kad Pengenalan
3. 1 salinan buku atau penyata akaun Maybank 
4. 4 keping gambar bewarna bersaiz KP ( Bertali leher untuk lelaki dan bertudung untuk wanita )

Serta membawa:-
1. RM10.00 untuk setem hasil
2. RM15.00 untuk menjadi ahli Persatuan Takaful malaysia
3. RM20.00 untuk membeli buku Asas Wakil Takaful
4. RM50.00 untuk pendaftaran Peperiksaan Asas Wakil Takaful

Setiap calon wakil takaful keluarga mestilah lulus Peperiksaan Asas Wakil Takaful keluarga.
Business planning 2010
Lawatan ke afrika selatan bersama saudara azizam (penulis)

Lawatan ke uzbekz 2009

Untuk maklumat lanjut hubungi:
Salleh  Tahir
h/p: 012-3022205
email: hfpagency@gmail.com


No comments:

Post a Comment