Monday, August 6, 2012


TIP-TIP DALAM PERANCANGAN PERSARAAN


1.       MULAI DARIPADA AWAL
Lebih awal anda menyimpan duit, lebih banyak masa wang anda akan bertambah. Tetapkan masa yang diperlukan. Jadikan wang simpanan untuk persaraan sebagai keutamaan. Buat perancangan dan patuhi perancangan tersebut. Tetapkan matlamat bagi perancangan persaraan untuk diri anda sendiri.

2.       ELAK RISIKO YANG TINGGI TERHADAP WANG PERSARAAN
Defisit boleh terjadi akibat tidak mempunyai tabungan yang mencukupi semasa bekerja atau terlalu konservatif dengan pelaburan anda. Apabila melabur dengan terlalu berhati-hati, anda mengalami risiko kekurangan duit apabila bersara nanti.

3.       RANCANG UNTUK KEPERLUAN JANGKA PANJANG
Anda perlu merancang untuk menghadapi kerugian bukan pasaran, yang disebabkan oleh factor seperti penjagaan kesihatan dan keperluan jangka panjang, seperti menunaikan haji bagi orang beragama Islam.

4.       JANGKAAN HAYAT ANDA
Semua yang hidup pasti akan mati, itu satu hakikat yang tidak dapat dinafikan. Purata rakyat Malaysia adalah 73 tahun. Daripada statistik ini anda dapat mensasarkan jangka hayat kehidupan anda. Pastikan keperluan anda akan meliputi jangkaan usia tersebut, walaupun sekiranya usia anda lebih panjang daripada apa yang anda jangkakan.

5.        BELANJAWAN APABILA PERSARAAN
Sesetengah perbelanjaan semasa persaraan mungkin lebih kurang daripada perbelanjaan sekarang. Cukai-cukai yang perlu dibayar seharusnya telah berkurangan. Pada umumnya, pinjaman dan gadai janji telah dilangsaikan supaya bayaran pinjaman rumah berkurangan.
Perbelanjaan berkaitan pekerjaan seperti pengangkutan, pakaian dan sebagainya juga telah berkurangan. Bayaran bil utility, makanan, hadiah, sumbangan, kereta dan insurans harta benda akan meningkat selaras dengan sebarang kenaikan yang berlaku. Perbelanjaan kesihatan dan insurans kesihatan akan meningkat.
Kos untuk membuat perjalanan, bercuti dan berhibur akan meningkat kerana masa lapang yang banyak apabila bersara.

6.       BERHATI-HATI MEMINJAMKAN WANG
Jangan mudah meminjamkan wang kepada rakan dan keluarga. Katakan bahawa penasihat kewangan anda tidak membenarkan anda meminjamkan wang.

7.       ANGGARKAN JUMLAH YANG BOLEH DIKELUARKAN
Tetapkan kadar pengeluaran tahunan wang persaraan. Ini merupakan perkara penting dalam perancangan kewangan persaraan. Berhati-hati agar tidak mengeluarkan jumlah peratusan yang sama dengan anggaran pulangan pelaburan.

8.       RANCANG KESAN CUKAI DAN INFLASI
Inflasi boleh mengurangkan nilai pelaburan anda kerana cukai yang dikenakan terhadap pulangan pelaburan. Secara purata inflasi pada kadar 3 peratus setahun sejak beberapa dekad. Ini mungkin tidak terlalu banyak, namun cuba bayangkan jika nilai RM100,000 pada hari ini hanya bernilai RM74,000 dalam tempoh 10 tahun pada kadar inflasi 3 peratus setahun.
Dapatkan khidmat penasihat kewangan professional atau perunding percukaian bagi mendapatkan nasihat yang khusus tentang kedudukan anda.
Realistik – Punca pendapat semasa persaraan adalah pencen, simpanan KWSP, faedah simpanan tetap, dividen daripada saham syarikat (atau unit amanah) dan jumlah wang yang diterima daripada polisi insurans yang telah matang.

9.       TABUNG KECEMASAN
Wujudkan tabung kecemasan yang tersedia wang di dalamnya, sekiranya anda memerlukan wang dengan segera. Ini bagi mengelak daripada anda mengambil wang daripada dana persaraan apabila berlaku keperluan yang mendesak.

10.   UKUR RUMAH PADA SAIZ KELUARGA
Fikirkan untuk berpindah ke rumah yang lebih kecil dan lebih rendah harganya, kerana anda tidak memerlukan ruangan yang besar kerana anak-anak anda telah tidak tinggal bersama. Wang lebihan penjualan rumah lama dengan pembelia rumah yang baru ini boleh digunakan untuk keperluan yang lain.  

No comments:

Post a Comment