Tuesday, July 31, 2012

*** TAHNIAH DAPAT DUIT RAYA LAGI ***

Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk 10 dana
Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual, mengumumkan pengagihan
untuk 10 dana. Jumlah pengagihan kasar yang diumumkan bagi tahun kewangan
berakhir pada 31 Julai 2012 adalah seperti berikut:



Dana Pengagihan Kasar / Unit
Public Dana Growth 3.00 sen seunit
Public Dana Australia Equity 0.50 sen seunit
Public Dana Optimal Growth 1.25 sen seunit
Public Dana Far-East Property & Resorts 0.50 sen seunit
Public Dana Islamic Opportunities 2.25 sen seunit
Public Dana Islamic Select Enterprises 2.00 sen seunit
Public Dana Bond 5.25 sen seunit
Public Dana Islamic Select Bond 5.00 sen seunit
Public Dana Islamic Income 3.50 sen seunit
PBB Dana MTN 1 4.00 sen seunit

Public Dana Islamic Opportunities bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan
modal melalui pelaburan di dalam syarikat-syarikat yang mempunyai pemodalan
pasaran kecil yang mematuhi prinsip Syariah.

Public Dana Islamic Select Enterprises bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal melalui pelaburan
di dalam 50 syarikat terbesar dari segi pemodalan pasaran yang tersenarai di Bursa Securities serta mematuhi kehendak Syariah.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia
dengan menguruskan sebanyak 94 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih
2.7 juta pemegang akaun. Pada 29 Jun 2012, jumlah nilai aset bersih dana yang
diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM48.6 bilion.

No comments:

Post a Comment