Monday, October 15, 2012

Sindiket tipu tuntutan insurans


Seorang individu yang dipercayai menjalankan sindiket insurans kenderaan yang mengalami kemalangan menunggu mangsa di hadapan Balai Polis Trafik Jalan Tun H. S. Lee, Kuala Lumpur


KEGIATAN memanipulasi tuntutan insurans kemalangan bukanlah satu perkara baharu malah semakin menjadi-jadi kebelakangan ini sehingga menyebabkan pihak insurans terpaksa menanggung kerugian ratusan juta ringgit setiap tahun. Dalam satu laporan khas, wartawan Utusan Malaysia membongkar kegiatan licik sindiket itu yang beroperasi dengan melibatkan ejen insurans sendiri, bengkel membaiki kenderaan, trak penunda, firma guaman malah pihak berkuasa.
Misi mereka satu - mengaut keuntungan semaksimum mungkin pampasan yang diberikan pihak insurans di atas kemalangan atau kehilangan nyawa orang lain.
Hasil penyamaran wartawan sebagai mangsa kemalangan mendapati ejen sindiket mengakui boleh menguruskan semua urusan berkaitan tuntutan insurans malah, sehingga ke tahap membuat laporan polis.
Menurut sumber insurans, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Jenayah Malaysia (SPRM), kegiatan sindiket itu sukar dibanteras kerana saksi termasuk mangsa enggan tampil membantu kerana mendapat pampasan walaupun dalam jumlah kecil.

Saturday, October 6, 2012

APA ITU INSURANS




APA ITU INSURANS

Definisi insurans: insurans merupakan satu institusi ekonomik berasaskan prinsip bersaling dibentuk bagi tujuan menubuhkan dana am. Keperluannya timbul daripada berlakunya risiko yang tidak diduga, yang kebarangkalian berlakunya boleh dianggarkan dengan munasabah. Dari segi kewangan pula, insurans ditakrifkan sebagai penganturan kewangan yang mengagihkan semula kos kerugian luar jangka.


Sejarah industri insurans: Sejarah insurans yang jelas bermula pada abad ke-13 dan ke -14 dimana insurans perkapalan berkembang sejajar dengan perkembangan industri perkapalan di Eropah. Bagi insurans hayat pula, polisi pertama telah dikeluarkan di England pada tahun 1583 keatas William Gybbon.

Insurans berjalan atau beroperasi atas prinsip-prinsip asas insurans iaitu kepentingan boleh insurans, penuh percaya mutlak, gantirugi, subrogasi, perkongsian sama rata dan sebab terhampir.

Insurans atau dengan jelas lagi dipanggil insurans konversional terbahagi kepada dua,iaitu insurans hayat dan insurans AM.


Pendapat ulama terhadap insurans: Pada 15 jun 1972, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dalam persidangan memutuskan bahawa insurans hayat(nyawa)  adalah haram manakala insurans am adalah harus (rujuk lampiran).

Kontrak insurans yang berasaskan kepada penjualan polisi antara pemegang polisi atau pihak yang diinsuranskan dengan penanggung insurans menjadi sebab utama kenapa insurans diharamkan. Unsur-unsur yang dilarang dalam insurans: Para ulama memutuskan kontrak insurans haram kerana ia mengandungi unsur-unsur berikut:

1.      Gharar (ketidakpastian)
Gharar menurut syarak: islam telah mensyaratkan bahawa sesuatu akad atau perjanjian yang dimeterai antara pihak yang membuat perjanjian mestilah jelas tentang perkara yang diakadnya.

“rasulullah s.a.w melarang daripada menjual barang (secara melontar batu) dan jualan yang mempunyai gharar” (riwayat Baihaqi).

Kontrak insurans mengandungi unsur gharar kerana: “apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (pembeli) tidak mendapat sebarang keuntungan sedangkan kontraknya adalah berasaskan jual beli”.

Dalam kontrak insurans, syarikat insurans akan menawarkan produk(jaminan) manakala pembeli, membeli produk (jaminan). Urusan jual beli ini berlaku dimana produk adalah dalam bentuk satu jaminan manakala pembeli mesti membayar kosnya setiap masa yang di tetapkan. Persoalannya jika berlaku musibah pampasan akan dibayar kepada pembeli atau warisnya jika tidak sebaliknya. Ini menunjukkan bahawa walaupun bayaran telah dibuat oleh pembeli tetapi produknya belum tentu akan dapat dimiliki oleh pembeli atau warisnya.

Keadaan ini bertepatan dengan definisi gharar oleh ibn Taimiyah yang menerangkan:
“gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya”.

2.      Maisir (judi)
“hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar, maisir, berhala, bertenung nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, maka jauhillah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan”(Surah al-maidah:90)

Dalam konteks insurans, para ulama menyatakan maisir dan gharar mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi mengandungi gharar maka dengan sendirinya unsur maisir akan turut serta. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait. Islam menganggap sebagai suatu perjudian apabila seseorang pemegang polisi insurans nyawa meninggal dunia sedangkan tempoh perjanjian belum lagi tamat dan hanya membayar sebahagian premium yang dipersetujui, tetapi kemudian diberikan pula pampasan yang tidak dijelaskan asal usul sumbernya. Syarikat insurans boleh mengalami keuntungan atau kerugian disebabkan tuntutan yang seolah-olah bergantung kepada nasib disebabkan wujudnya unsur gharar. Keuntungan daripada itu dianggap sebagai judi.

Jenis-jenis judi dalam kontrak insurans:
i)                    Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
ii)                  Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi tidak berlaku
iii)                Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebih jumlah premium yang diterima.

3.      Riba
“dan allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba”. ( surah al-baqarah:275)

Didalam kontrak insurans terdapat empat jenis riba yang terlibat:
i)            Apabila pembeli insurans membuat pengeluaran duit simpanan, ia dipanggil “policy Loan”. Disini pembeli mesti membayar kembali duit yang dikeluarkan bersama dengan kadar feadah yang dikenakan. Kebiasannya setiap syarikat insurans mengenakan kadar faedah sebanyak 8% setahun keatas policy loan. Terma ini berjalan keatas produk insurans yang berbentuk tradisional. Bagi polisi berkaitan pelaburan(investment-linked) keadaan ini tidak berlaku.
ii)                  Premium yang terlewat bayar akan dikenakan bunga mengikut kadar yang ditentukan dan ini dipanggil riba. Ini melibatkan produk insurans tradisional dan berkaitan pelaburan.
iii)     Sesetengah produk insurans ada membayar dividen (produk tradisional) kepada pemegang polisi samada semasa matang atau setiap ulangtahun polisi. Dividen ini bersumberkan riba yang dijana daripada pelaburan di syarikat-syarikat yang berkaitan dengan riba dan tidak mengikut syarak seperti syarikat judi, arak serta industri berkaitan babi.
iv)            Manakala bagi produk berkaitan pelaburan pula, syarikat insurans tidak membayar dividen, tetapi pihak pemegang polisi mendapat keuntungan daripada duit pelaburan mereka. Dimana duit ini dilaburkan terus oleh pihak syarikat insurans ke dalam syarikat berkaitan riba, arak dan yang haram lain. Maka dengan sendirinya keuntungan tersebut menjadi haram. Ada sesetangah produk ini dilaburkan didana-dana yang halal. Ini bermakna hukum pelaburannya adalah halal. Cuma produk ini masih menjadi haram kerana ia masih mengandungi unsur-unsur gharar dan judi. Unsur riba(denda lambat bayar premium) masih boleh terlibat jika pemegang polisi lambat membuat bayaran premium seperti dalam kontrak.